Saturday, April 30, 2011

Demi Cinta Suci

Pernah hatiku luka pedih
Kerana dicalari cinta penuh duri
Lemas aku dalam dilema
Kata janji manis sungguh tak bermakna

C/O :
Mencarimu kasih bagai mencari mutiara putih
Walau ke dasar lautan sanggup ku selami
Namun tak percaya apa yang telah aku terjumpa
Kau sebutir pasir tak berharga

Demi cinta yang suci
Ku rela korbankan kepentingan diri
Demi sinar bahagia
Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa

Baru kini ku rasai nikmatnya cinta yang suci
Tiada terbanding dengan cinta yang kau beri
Ranjau yang berduri akan aku tabah menempuhnya
Menyubur iman di dalam jiwa

Demi cinta yang suci
Ku rela korbankan kepentingan diri
Demi sinar bahagia
Ku hambakan diri pada-Nya yang Esa
Demi cinta hakiki
Ku sanggup redahi apa yang terjadi

Apalah erti cinta suci
Andai janji-janji sering dimungkiri
Apalah erti cinta murni
Andai kata-kata sering didustai

Thursday, April 28, 2011

The YuMMy LASaGNa!!!

Berbicara mengenai mknn...smue mesti ade mknn y digemari...ITU SUDAH PASTI!...jadi apekah mknn kegemaran anda?

cik nabilah ni, kalo nk dikire mknn fevret dye, mmg x cukup 1 blog nk tulis....tp y pasti beliau shuke mkn mknn y pedas & panas...e.g: Asam Pedas Mak Ngah(sedapnye, tulis ni pon dh terliur wey...dh la perot tgh keroncong nie~~)

mknn fevert cik nabilah nie terbahagi kpd byk section, so, one of the section is mknn luaq negara...kali ni pnye entry, cik nabilah akan mengesharekn recepi salah satu mknn keshukaan beliau, which is LASAGNA...


Shodap nyeee!!!!

tp sebelum itu, let me inroduced you, ape itu Lasagna...Lasagna adalah sejenis pasta yang leper & luas. Selalunye, ia disajikan dengan lapisan keju, & bahan2 lain spt daging, mushroom, sosej, bayam & so on...Lasagna ni mrupakan salah satu mskan org Itali and byk variasi cara mcm mne nk msk bende ni plus mknn ini ialah salah satu hidangan y popular in most of the part of the world which is including Europe, US and Asia...

Masa y dinanti2kn sudah tiba, dimana cik nabilah akan mengeshare resipinya which is taken from one of the source from the internet. okey, ini merupakan resipi yang senang untuk membuat lasagna yang simple. so, korg juz cube ikut dgn sebaik mungkin yepp cz x mo salah buat...but, once u've master, u sendiri cn come up with ur own lasagna recipies...JOM KITE MASAK!

Bahan
Daging lembu cincang 450g (bley gune ayam gak, bg pengemar ayam)
Tomato Puree 400g
Cendawan 100g
Bawang Cincang 1 bijik
Bawang Putih Cincang 3 ulas

Butter 25g
Lasagna 1 paket

UNTUK SOS PUTIH
Susu 300 ml
Butter 25g
Tepung Plain 25g
Cheese Cheddar Parut 50g

Kaedah
1. Mule2, mskkn dulu daging & bawang, dgn menggorengnye sehingga ia berubah menjadi colour brown.
bagi sape y suke bwg, bley je kalo nk tmbah g...bg wangi & manis!

2. Then, masukkn  Bawang Putih, Tomato dan Cendawan yang telah dihiris tadi ke dlm kuali & gaul bg rata.
3. Masak selama kira-kira satu jam sehingga kental dan sebati.
4. Jika perlu tambah 2 sudu makan tepung jagung y dilarutkan dgn sedikit air sejuk utk bg kuah dye pekat.
 Sila rendam Lasagne itu didalam ayaq panas ye selama 15 minit.

5. Untuk membuat sos putih tu plak, cairkan Butter, kacau dan tambah Tepung bserta susu, kaco hingga mengental.
6. Masukkn cheese cheddder ke dlm sos putih tu.
kalo nk lagi sedap, tambahkn sedikit fresh Italian parsley chopped and gratted nutmeg(sikit je tau!)

7. Buat lapisan bahan berkali-kali, bermula dengan Sos Daging, kemudian lasagna, berakhir dengan Sos Putih.
Ulang sampai selesai...

8. Then,
Taburkan seberape byk Keju Parmesan y anda shuke di atas lasagna itu

9. Panggang dalam oven di 400F / 200C selama 45 minit.

10. Sajikan dengan Keju Parmesan.

Portion = 4 person tp kalo cik nabilah pnye portion, dye sorg je la~~
Duration = 60 minit


GOOD LUCK & SELAMAT MENCUBE (^_^)!!!

no more idea, better stop hereE.

(kt bwh ni link kalo nk tgk edisi bhs Inggeris dye...)



Tuesday, April 26, 2011

10 petanda SI Dia Jodoh kita

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya. 


+ Ditulis oleh Hj Abdul Samad: Hj Abdul Samad Feel free to copy/share. Don't ask
Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7) Gunakan seluruh panca...indera

Monday, April 25, 2011

Cemerlang S.G.T U'ollS

Hari ini, merupakan hari dlm sejarah sye...ye la...lagi brape jam g nk ari esok kn, kompom2 la hari ini bakal menjadi sejarah...x gitu??

kenape ianya bersejarah kepada sye???
utk membuatkn cite ini lbey gempak, maka sye akn menstory khabaq' baiknye dulu yepp...

the good news is:
cz today is my final for my major paper which is called Computational Linguistics...usaha telah diletakkn sepenuh ati yepp...I study tau...but sumtimes tu gatal gak tgn nie meng-fb-, meng-twitter, meng-blog kn diri..eheeh...gatai sgt eh tgn ko kn nabilah~~

tepat kol 5.15 pm, abih suda paper tuh..berjaya jwb dlm mse 3 jam...mampooo???

the bad news is:
memandangkan CL is my first paper, so, I've study smart for it...which is I've spent most of my time with my laling, that is BOOK....not to forget, I also makes a notes to make it more readable...al-maklom la...kalo tgk buku, makin byk sentences or words, maka makin pening la pale otak sye nie....berbalik kpd story, tpt kol 1p.m, sye selesai membace...confident tu ade la..al-maklom la dh study kn...at least ade gak ilmu didada untuk dibawa bekal ke sana...I bagi makan tau otak I...then, cik nabilah ni pon tros berjln ke dewan peperiksaan y terletak di bgnn L 17 DK II, bersame2 ngan lynn...lynn bdk penang, comey, sorry ek...x bley nk promote cz beliau suda berpunye...adoyaii~~~merapu lagi nie...okey, then msuk la dewan tuh ngan kaki kanan dahulu & sepjg nk ke meja sendiri, bace al-fatihah..mintak tenang hati, perasaan & minda...

tepat kol 2.15, cik nabilah nie pon bkk la ketas pekse tuh,
un-sangke-able-nye (nie word, my mommy & her friend y create...cumell kn!)...bile tgk soklan je dh senyum-senyum kambing busuknye, dh tu x kn nk melalak x tentu pasal plak!...aku pon jwb le...mmg la jwb 4 soklan, tp x confident, nk2 lagi sok 4, aku x bg 4 isi...jz bg 2 je...

mmg la x critical mne pon mslhnye, but aku terase effect dye wey...harapan my parent is too high!sdey...

tp, walau ape2 pon, aku x bley menyerah...pantang melayu berundur...x bley pasal x dpt jwb, aku x mo study, x mo solat, x mo mkn...itu smue membuatkn cik nabilah nie lebih lalai...so, cik nabilah kena la tingkatkn lagi usaha..yang penting ikhlas study kerana Allah...

btw, ade lagi 2 paper lagi utk final sem nie

korunk doakan utk kejayaan kite bersame yepp...

no more idea, better stop herE...

Assalamualaikum.

(p/s: mlm nie sye ade class lagi...uhuk!)

Thursday, April 21, 2011

ZEN Quiz

Semalam, sye dpt email dr one of my classmates, Kavi....she send the quiz so called ZEN Quiz through my yahoo mail.

so, sebagai kwn y baik & selalu memenuhi impian kwn2, sye pon cube la quiz ni...dye tnye mcm2....4 example, kalo korunk tgk coffee 1 words that appears in your mind ape?...then jwpn sye is good...mcm2 la soklan nye...lucu gak mse menjwb...huhuhu

after jwb smue soklan dye dlm 5 minit cmtu la, result dye pon kuar....
                                                 -
                                                 -
                                                 -
                                                 -
                                                 -
                                                 -
These are your priorities in your life:
       (1) Pride
       (2) Family
       (3) Love
       (4) Career
       (5) Money

Your own personality = Fierce
Your partner personality = Soft <gile xxx????>
Your enemy personality = Dirty
Love = Good
Your own life = Nature

bkn la nk percaye sgt ngan bende ni...but kalo nk tgk y priorities tuh mcm btol je...hikhikhik

mmg x dpt dinafikan, sye ni org nmpak sgt garang, menakutkan, & sewaktu dgnnye...but itu hanye lah pandangan org y TIDAK mengenali siapa sebenarnye cik nabilah nie...well, smpai skrg, kalo sye ckp  y sye ni single & available pon diorg x kn caye...hehehe...ape2 la wey...

but for now, my focus is to study & get the scroll...after that onwards, it's all depend on the situation & restu my parent...whether i'm going to further my study or start working...hehehhe...

ape2 pon y bakal terjadi akan dtg, I'm just haping that everything will goes smoothly...May Allah bless us all together...amin...

no more idea, better stope herE...

assalamualaikum.

lagi 4 hari nk exam woo~~

Wednesday, April 20, 2011

E.X.A.M.I.N.A.T.I.O.N

as for your information, skrg nie minggu study. & sepertimana biasa, buku & study plus internet mmg x dpt dipisahkan...memandangkan sye ni bukan nye pandai sgt, so kene la bace buku okeh!...

FYI, this is my last semester in Universiti Sains Malaysia (USM), & i'm going to be titled as the Honourable Bachelor of Arts in English Language Studies and minoring in Political Science.


tempat cik nabilah bakal amik scroll =D

but, angan2 beliau tetibe terbantut ekoran dr ugutan parent beliau yang menjadi delima kepadanye sehingga hari ini....

menurut kate ayahanda sye a.k.a En. Mustafa & bonda sye Mdm Salmah, "Nur, u have to get 3.5 & above   so that we both can see u holding  that so called being in the dean list... @ dlm bhs bandar nye : ANUGERAH DEKAN.....


Insyaallah...bley dpt!!!



maka, si anak kecil ini,walaupon bdnnye besow, tertanye2 sama ada beliau mampooo @ tidak???dlm hati mmg teringin, but memandangkan dgn sikap & perangai beliau y mcm suam2 kuku, oleh itu, makin takot dan bertambah ngeri la beliau akan kenyataan y diberikan oleh parent beliau...

so, oleh itu, nk x nk, kene la berusaha gak...nk buat cmne...sbagai anak sulung kene la tunjuk cth yang baik kt adeq2...susah woo jd anak sulung, but kalo jd anak y no brape2 pon susah gak kn?

ape2 pon, korunk doa2kn la supaya cik nabilah ni segera mendapat petunjuk utk study dgn ikhlas & smart nye memandangkan paper 1stnye is just around the corner je...


<<<nampak tu, cik nabilah sgt fokus>>>

berikut ialah jadual waktunye:

        25/4/2011 = HET 324 COMPUTATIONAL LINGUISTICS
        27/4/2011 = SPW 209 POLITIK PERHUBUNGAN
        5/5/2011   = SPU 202 PSIKOLOGI TAK NORMAL

doakan kejayaan cik nabilah ye...sape nk puase pd hari y demikian sila kan, sesungguhnya, hnye tuhan shj y dpt membalas budi mu...


amin...hoping for my friends too...

k la...nnt sambung yepp.

no more idea, better stop herE...

Assalamualaikum.

cik nabilah, anda diwajibkan untuk membace buku!!!!!