Wednesday, November 28, 2012

BiLa aKu SuDaH TiaDa

Bila, aku sudah tiada
Simpan semua lagu ku
Jangan di tangis selalu

Mungkin, itu sementara
Bila jumpa pengganti ku
jangan di lupakan aku

Pagi itu indah seperti biasa
Tidur yang lena terhenti di sana
Layap kuyu masih tak terdaya
Bukalah tingkap mu
Curahkan cahaya…

Siapa yang sangka
Bila tiba masa kita
Untuk pergi selamanya

Takkan terduga
Jika saat ni
Tuhan tentukan
Aku lah orangnya

Gelak tawa tangisan yang hiba
Kenangan kita masa di dunia
Alangkah indahnya jika
Kita mampu hidup selamanya
 
 
 
Lyrics by Noh Hujan
Songs by Hujan
 
 
 
No more idea better stop herE,
 
Assalamualaikum.
 
Regards,
Nabilah.

Monday, November 26, 2012

Meet MohD AiDiL!

Yes, today's topic is about my beloved nephew :
 
MOHD AIDIL BIN MOHD RIZAL

Like his Mak Long, Aidil's birthday was also in November, but it is on the 16th, which mine is on the 1st. He is indeed a very cheerful, smart, easy going & such an energetic growing little kids. Plus he is reallyyyyyy cute, but a little bit shy when meeting with new people or quite phobia when he meets someone he doesn't "like"!

Now he's already 3 years old and a brother to be in next March. With the second pregnancy, Kak Elly or Puan Suhaili Shahril, did her homework very well...She knows how to deals with kid, be patient in answering all Aidil's question ---- who's right now very curious to explore the world.


So guys, here is he!!!
 
 

Hye! I like to watch Ultraman!
 
Owh ya, forget to tell you guys, he like to introduce herself as "Aidil Ultraman",  her mama and papa as Mama Ultraman & Papa Ultraman. I thought my family and I were not included in that Ultraman's family but ---- LUCKILY, me myself also we rewarded with the title : Mak Long Ultraman indeed... :)
 

 
Which one is me? Kind of wondering here~
 
That's all for today I guess. Hey, I have lots of nephew & niece..maybe next time I'll introduce them to you okey. :)
 
 
No more idea, better stop herE.
 
Assalamualaikum.
 



Saturday, November 24, 2012

TurNing T0 24

Assalamualaikum.

What a great feelings! Awesome!!! Yess.. I've turned to 24 last 1st Nov...

And during my birthday, my moms gets fever...yup, FEVER. Well, actually, On that day, I was planning to celebrate my birthday at Wang Solo restaurants. But, because of I do care about my mommy, then i'll postponed it later.

Thanks for the wish cousins, family, friend & mates. I appreciate it!

Feel lucky enough, being surrounding with people who care and love me with their whole-hearted.

May Allah bless us all. Happy November guys!

No more idea, better stop herE.

Lets us all pray for the safety of the people around the world. Pray for Gaza.

Regards,
Cik Nabilah.

Monday, September 12, 2011

My BaD EngLISH

Assalamualaikum semua!

Kali nie cik nabilah membuat post bersiaran langsung dari living room rumah sendiri...mampoooo???

Ouchhh!!!I hate English, but I have to be with it until I die...how come????Korang bayang kan, bende yang korang tak suka, tapi korang terpakse buat, ape yang korang rase mase tu?tension?stress?give-up???

Cik nabilah nie pernah menuntut di salah sebuah institusi pengajian tinggi awam di pulau penang dalam pusat pengajian ilmu kemanusiaan selepas ditolak lamarannya untuk melanjutkan study dalam bidang seni bina. bidang yang selama ini tidak pernah diimpikan, iaitu bermajor dalam English Language Studies( ELS) dan berminor dalam Political Sciences.

Sudah takdir rasenye, diri sendiri sebenarnya tidak berapa suka dengan bahasa ini, tapi apakan daya, layan kan jugak la, ye la, masa tuh, bukan semua orang dapat tawaran dapat melanjutkan pelajaran, lagipon sebagai anak sulung, cik nabilah harus memberi contoh yang terbaik untuk adik2nye....(choooiii~~~tunjuk baik la tuh!)

Ntah la ek, tak tau kenapa, bukannya tak faham, bukan nye tak dapat nak cakap dalam English, tapi, lidah nie, terpeleot sane, terpeleot sini, mungkin tak banyak makan cheese kot, terlebih belacan sudah~~ STTTOOOOPPP!!!!asyik membebel je...

Dulu mase study, rase diri ni sangat rendah sangat, ye la, orang pandng kita macam kite nie doktor pakar bahasa, semua pasal English cik nabilah tahu, katanya...sangat tak suke perasaan tu.name pon masih belajar, sure la saya nie kurang ilmu!nak kene praktis lagi.tapi orang tak faham kita...so, terpaksa la memendam perasaan ini.

Tapi syukur alhamdullillah, lama kelamaan, akhirnya dapat jugak absorb bahasa tu dalam kepala otak nie..walaupon masih takut untuk bercakap dalam kalangan orang ramai, nak2 lagi orang tu mempunyai penguasaan English yang lebih dari cik nabilah. yang kelakar nye, dengan budak kecik pon tak berani wooo!!!ye la, budak kecik zaman sekarang nie membesar dengan banyak media yang membolehkan diorang nie lebih cepat tangkap dan cara pemikiran mereka yang sukar untuk difahami kadang-kala...

Apa nak buat kan, bahasa tu jugak la yang nanti akan membawa rezeki kat saya untuk masa hadapan..nak tak nak, kene usaha jugak la..

So guys, ape lagi? amik la ape yang patut, rujuk buku ke, buat latihan via internet ke, bace novel in English ke, dengar lagu mat salleh ke...hehehe...banyak kan cara nye...tapi mula2 kite kene set minda kita yang belajar English ni menarik!so that everything will goes smoothly as what we wanted too..

GOOD LUCK GUYS!

ENGLISH IS FUN! =D

no more idea, better stop herE,

Assalamualaikum.

Sunday, September 11, 2011

(=.=")

wey korang, sorry la...sejak 2 menjak nie tak de mood nak menulis...cerita banyak, tapi tu la kan...x dapat nak paksa jiwa dan raga nie menaip.

okey!ntah kenape, lately, cik nabilah mempunyai masalah jiwa...sekejap kang sedih, sekejapkang gumbira, sekejap kang, asyik nak marah je...maybe sebab hormon kot...ceh!ayat nak sedap kan hati la tuh!choooiii~~~

errmm, sensitive..ye saya nie orang nye sensitive!tapi tak tau sejak bile mula ade perasaan nie.hairan!

sedih la kadang-kadang tengok bangsa sendiri yang berpuak-puak, perlu ke semua itu?ape gunenye?bagus sangat ke berpuak-puak nie? sekejap orang kanan masam muka, orang belah kiri pulak tarik muka...helllooooowwww!!!!please lah! fed-up sangat dengan situasi yang macam nie...bile semua orang nak bersatu?

kan bagus bile semua orang bersatu, banyak bende yang kita boleh berkongsi bersama, macam makan sesame, shopping sesama, kelah sesama, sosial bersama and etc.

tp...itu semua macam mimpi atau lebih jitunya lebih kepada angan-angan mat jenin...

really hope that this matter will ends soon.

umur kita tak panjang, kalau ade silap DAN TERASA HATI...saya mintak maaf.

kes keterlanjuran kata hari ini, bukan disengajakan, cuma ingin berkongsi perasaan yang dirasai.

maaf kalian.

no more idea, better stop herE.

Assalamualaikum.

(p/s: wey!aku ter-EMO lebih pulak kali nie... =.=" )

Monday, July 25, 2011

This is ur L.I.F.E

There's something I want to share with u guys, something that's open my thought. I saw this picture on my fb-ians friend...it's a quote about L.I.F.E...

Humans are not perfect!
but, in the way of life, we have to struggle to be the best among the best!

CHEERS! =D

The picture were taken from:
http://shop.holstee.com/collections/designed-x-holstee/products/holstee-manifesto-poster

no more idea, better stop herE.

Assalamualaikum.

Monday, July 18, 2011

SuBuH kita Bagaimana?

           Waktu subuh adalah waktu perdana kepada kehidupan buat seseorang insan. Inilah waktunya apabila bermulanya kehidupan setelah insan mati buat sementara. Tidak menghairankan bahawa waktu subuh adalah salah satu daripada lima waktu solat yang wajib disempurnakan.

         Waktu subuh hari adalah ujian kepada segala kekuatan. Kekuatan untuk bangun di awal pagi melepaskan diri daripada dakapan erat syaitan yang membisikkan, kekuatan untuk terus bingkas keluar dari litupan selimut hangat dan bantal empuk, malahan kekuatan untuk mengenakan air yang dingin ke muka, tangan, dahi dan ke kaki sebelum lantas bergerak ke tempat istimewa dan bermunajat bersama-sama insan pilihan Tuhan. Ini adalah kekuatan yang luar biasa yang boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja selagi dia mempunyai keinginan jiwa yang tinggi.

         Perkara yang sama ini juga telah dijadikan indikator dan penanda aras kepada kekuatan generasi pejuang ketika berlakunya peperangan-peperangan besar di zaman yang terdahulu. Kekuatan kebangkitan dan kekuatan barisan ketenteraan bukanlah kepada fizikal dan persiapan kelengkapan semata-mata, malahan persiapan yang lebih penting ialah persiapan kekuatan generasi pejuang di dalam menagih simpati untuk menang daripada Ilahi.

Ya Allah, Engkau kuatkanlah imanku untuk berjuang didalam jalanmu...

           Tidak hairanlah bahawa inilah penanda kekuatan yang telah digunakan oleh Solahuddin al Ayyubi dahulunya sebelum menang ketika mendepani kekuatan tentera Salib yang merupakan kesatuan gabungan ketenteraan daripada 22 buah negara-negara Eropah.

           Tidak hairanlah juga bahawa soalan-soalan yang ditujukan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh mengikut urutan menggambarkan peringkat kekuatan seseorang. Lima waktu solat fardhu kemudian solat rawatib dan kemudiannya solat tahajjud. Di waktu penghujung malam sehingga subuh itu dijadikan indikator terakhir kepada kekuatan para pejuangnya. Tidak dapat dibayangkan di manakah kedudukan kita jika berada di dalam barisan tentera baginda al-Fateh.

           Mungkin juga kita dan barisan pemuda kebangkitan kini bakal berada di barisan tercorot sekali. Di atas alasan yang sama inilah juga menyebabkan agen-agen KGV di Chechnya dan agen-agen Gaddafi di Libya akan menangkap pemuda-pemuda yang bersolat subuh secara berjamaah dengan keyakinan bahawa mereka adalah pemuda kebangkitan yang bakal menggegarkan kerajaan Russia dan Libya.


Tiada Tuhan lain yang disembah melainkan Allah, dan Nabi Muhammmad itu ialah pesuruh Allah...

           Setelah kau berkeringat menyiapkan semua kelengkapan. Setelah kau canangkan semangat ke seluruh negara. Setelah kau iklankan kepada dunia seluruhnya. Namun, jangan lupa untuk menagih simpati dan pertolongan daripada Pemberi Kemenangan yang hakiki....

            Wahai teman seperjuangan! Sekiranya kita ingin memiliki kemenangan, jangan alpa dengan kekuatan yang ada pada waktu subuh, walhal terang dan nyata bahawa ianya merupakan petunjuk agung ciptaan Ilahi. Untukmu teman pejuang, inilah permulaan kepada semua kekuatan yang sebenar.

Ingatlah sumpahan Pemilik kepada segala kerajaan agar kita bisa meraih kemenangan.

Wal Fajr - Demi waktu fajr (89:1).

no more idea, better stop herE.

Assalamualaikum.