Sunday, September 11, 2011

(=.=")

wey korang, sorry la...sejak 2 menjak nie tak de mood nak menulis...cerita banyak, tapi tu la kan...x dapat nak paksa jiwa dan raga nie menaip.

okey!ntah kenape, lately, cik nabilah mempunyai masalah jiwa...sekejap kang sedih, sekejapkang gumbira, sekejap kang, asyik nak marah je...maybe sebab hormon kot...ceh!ayat nak sedap kan hati la tuh!choooiii~~~

errmm, sensitive..ye saya nie orang nye sensitive!tapi tak tau sejak bile mula ade perasaan nie.hairan!

sedih la kadang-kadang tengok bangsa sendiri yang berpuak-puak, perlu ke semua itu?ape gunenye?bagus sangat ke berpuak-puak nie? sekejap orang kanan masam muka, orang belah kiri pulak tarik muka...helllooooowwww!!!!please lah! fed-up sangat dengan situasi yang macam nie...bile semua orang nak bersatu?

kan bagus bile semua orang bersatu, banyak bende yang kita boleh berkongsi bersama, macam makan sesame, shopping sesama, kelah sesama, sosial bersama and etc.

tp...itu semua macam mimpi atau lebih jitunya lebih kepada angan-angan mat jenin...

really hope that this matter will ends soon.

umur kita tak panjang, kalau ade silap DAN TERASA HATI...saya mintak maaf.

kes keterlanjuran kata hari ini, bukan disengajakan, cuma ingin berkongsi perasaan yang dirasai.

maaf kalian.

no more idea, better stop herE.

Assalamualaikum.

(p/s: wey!aku ter-EMO lebih pulak kali nie... =.=" )

Monday, July 25, 2011

This is ur L.I.F.E

There's something I want to share with u guys, something that's open my thought. I saw this picture on my fb-ians friend...it's a quote about L.I.F.E...

Humans are not perfect!
but, in the way of life, we have to struggle to be the best among the best!

CHEERS! =D

The picture were taken from:
http://shop.holstee.com/collections/designed-x-holstee/products/holstee-manifesto-poster

no more idea, better stop herE.

Assalamualaikum.

Monday, July 18, 2011

SuBuH kita Bagaimana?

           Waktu subuh adalah waktu perdana kepada kehidupan buat seseorang insan. Inilah waktunya apabila bermulanya kehidupan setelah insan mati buat sementara. Tidak menghairankan bahawa waktu subuh adalah salah satu daripada lima waktu solat yang wajib disempurnakan.

         Waktu subuh hari adalah ujian kepada segala kekuatan. Kekuatan untuk bangun di awal pagi melepaskan diri daripada dakapan erat syaitan yang membisikkan, kekuatan untuk terus bingkas keluar dari litupan selimut hangat dan bantal empuk, malahan kekuatan untuk mengenakan air yang dingin ke muka, tangan, dahi dan ke kaki sebelum lantas bergerak ke tempat istimewa dan bermunajat bersama-sama insan pilihan Tuhan. Ini adalah kekuatan yang luar biasa yang boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja selagi dia mempunyai keinginan jiwa yang tinggi.

         Perkara yang sama ini juga telah dijadikan indikator dan penanda aras kepada kekuatan generasi pejuang ketika berlakunya peperangan-peperangan besar di zaman yang terdahulu. Kekuatan kebangkitan dan kekuatan barisan ketenteraan bukanlah kepada fizikal dan persiapan kelengkapan semata-mata, malahan persiapan yang lebih penting ialah persiapan kekuatan generasi pejuang di dalam menagih simpati untuk menang daripada Ilahi.

Ya Allah, Engkau kuatkanlah imanku untuk berjuang didalam jalanmu...

           Tidak hairanlah bahawa inilah penanda kekuatan yang telah digunakan oleh Solahuddin al Ayyubi dahulunya sebelum menang ketika mendepani kekuatan tentera Salib yang merupakan kesatuan gabungan ketenteraan daripada 22 buah negara-negara Eropah.

           Tidak hairanlah juga bahawa soalan-soalan yang ditujukan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh mengikut urutan menggambarkan peringkat kekuatan seseorang. Lima waktu solat fardhu kemudian solat rawatib dan kemudiannya solat tahajjud. Di waktu penghujung malam sehingga subuh itu dijadikan indikator terakhir kepada kekuatan para pejuangnya. Tidak dapat dibayangkan di manakah kedudukan kita jika berada di dalam barisan tentera baginda al-Fateh.

           Mungkin juga kita dan barisan pemuda kebangkitan kini bakal berada di barisan tercorot sekali. Di atas alasan yang sama inilah juga menyebabkan agen-agen KGV di Chechnya dan agen-agen Gaddafi di Libya akan menangkap pemuda-pemuda yang bersolat subuh secara berjamaah dengan keyakinan bahawa mereka adalah pemuda kebangkitan yang bakal menggegarkan kerajaan Russia dan Libya.


Tiada Tuhan lain yang disembah melainkan Allah, dan Nabi Muhammmad itu ialah pesuruh Allah...

           Setelah kau berkeringat menyiapkan semua kelengkapan. Setelah kau canangkan semangat ke seluruh negara. Setelah kau iklankan kepada dunia seluruhnya. Namun, jangan lupa untuk menagih simpati dan pertolongan daripada Pemberi Kemenangan yang hakiki....

            Wahai teman seperjuangan! Sekiranya kita ingin memiliki kemenangan, jangan alpa dengan kekuatan yang ada pada waktu subuh, walhal terang dan nyata bahawa ianya merupakan petunjuk agung ciptaan Ilahi. Untukmu teman pejuang, inilah permulaan kepada semua kekuatan yang sebenar.

Ingatlah sumpahan Pemilik kepada segala kerajaan agar kita bisa meraih kemenangan.

Wal Fajr - Demi waktu fajr (89:1).

no more idea, better stop herE.

Assalamualaikum.

Wednesday, July 13, 2011

Princess Hours OST: Aeng-mu-sae / 앵무새 (Parrot)

Yuhooooooo!!!!

Apa khabar semua?

Sorry la, dah lama tak update blog...vitamin M(MALAS) banyak sangat...hehehe...

Ermmm...masuk hari nie, dah hampir 3 minggu Angah or En. Moh Fikry Mustafa pulang ke Tanah Air terchenta, Malaysia., so tinggal la si kakak, cik Nabilah & si adik, En Zikry kat rumah nie bersama-sama bonda & ayahanda terchenta mereka...kurang meriah sikit la kan jadinye, kalau tidak, adoyaiiii~~~riuh rendah jadinye rumah nie...

Okey la, berbalik kepada cerita asal, memandangkan Angah dah tak de kat rumah, maka, hobi terkini hiburan sensasi cik nabilah is watching all the korean movies yang wujud CD or DVD nye kat rumah nie...
Antara cerita yang terpilih are :

             (i) Princess Hours
             (ii) Yu-Hee The Witch
             (iii) Couple or Trouble
             (iv) My Sassy Girl Chun-Hyang
             (v) Stained Glass
             (vi) Lovers In Paris
             (vii) Bong Dal Hae...

Tapi antara banyak-banyak cerita, my choice is Princess Hours...tak tau kenape, dah banyak cerita korea yang cik nabilah dah tengok tapi cerita ini jugak yang kekal di hatiku...salah satu faktornya, maybe pasal hero dia kot..hikhikhik!...rupe dia boleh tahan la, handsome, tapi yang paling suka pasal hero dia is pasal sikap hero dia yang tak tahu macam mana nak tunjuk yang dia suka kat heroin tu...sikapnya yang ego tapi baik & berfikiran tajam menyebabkan cik nabilah sudah jatuh la~~~

okey la, cerita dia pasal seorang perempuan dari golongan biasa yang terpaksa kahwin coz datuk dia dulu is bestfriend kepada majaraja dulu. memandangkan maharaja dulu tu sayang kat kawan dia nie, mereka telah bersetuju untuk menikahkan putera mahkota & cucu datuk tu la. so, kisah diorang nie ibarat bercinta selepas kahwin...lucu + best + geram + unik!  korang tengok la cerita nie...

cerita nie memang menepati cita rasa hati cik nabilah, tapi tak semua orang suke tengok cerita macam nie, as for example pak cik Mustafa kita.REJECTED teros!

video kat bwh nie is one of my favourite song, entitled Aeng-Mue-Sae...Selamat mendengar & Enjoy!





nie lagi satu!


Nie dia punya theme song, entitled Perhaps Love.


No more idea, better stop herE,

Assalamualaikum.

(p/s: dah banyak kali dah berulang tengok Princess hours...even, email address pon ade name LEE SHIN!)

Saturday, June 18, 2011

HoME a-LON3

My family except for me ade latihan badminton hari ni pukul 8 malam. So, disebabkan beberape faktor dan sebab, cik Nabilah malas la nak ikut...sebenarnya, cik nabilah ni tengah mengalami kompilasi dalam kepale otak nye. that is tengah pening kepala...tak tau la macam mane boleh jadi..dia datang tadi tie tengah tengok movie entitle "FIRE BREATHER"

yang kat tengah tu duncun, kiri mama dia & yang kanan tu bapak dye
kat bawah tu kalau korang perasan gadis yang berbaju pink tu makwe dia...

Cerita tu okey la...nak kate best sangat pon tak la, okey2 je..cerita pasal seorang anak muda lelaki yang berusia dalam lingkungan penghujung belasan tahun. name nye panjang sangat, Duncan Xerxes Absalom Wu Fan Cassius Draco Draconus Quetzelcoatl Gondwana Mjarl Khan Belloc-Rosenblatt Jr(mampooo???)...tapi dalam cerita nie semua orang panggil dia Duncun. Si Duncun nie, rupanya terhasil dari baka seekor monster iaitu baka dari bapanya & seorang manusia, yes, mamanya...mama nye tu sporting and gila2..sedangkan bapak dia garang & tegas..btw, he is the king of the monster, pasal tu la dia kene tegas..tak gitu??masalahnye, sampai sekarang, cik nabilah tak tau macam mane si Duncun ni boleh wujud...dalam cerita tu pon diorang tak cerita kan...mungkin pasal tu kot, cik nabilah nie pening kepala...wakakaka~~..ye la, mane tak nye, bapak dia tu besar wooo!!!ade la tinggi bangunan 24 tingkat.mak dia pulak macam manusia biase...pening~~pening~~

Okey, pasal duduk kat rumah sorang2, cik nabilah tergatal tangan untuk membuat kuih melayu...SRI MUKA..ala, kuih dia yang atas dia colour hijau & bawah dia is made up from beras pulut tu...rasenye manis2 lemak..hehehe..best jugak buat kuih melayu nie..saje je praktis2 masak...nanti dah kahwin senang.(miang!)

kuih sri muka yang menawan dihati & kalbu!!!

Nie masih menanti kaum family untuk tiba dirumah...boring jugak duduk sorang2 nie..rumah dan kemas..semua dah settle...errmmm...missing my family!

K la guys!
That's all for today, have fun & enjoy reading ye..

no more idea, better stop herE,

Assalamualaikum.

Tuesday, June 7, 2011

StrawBERRY cHeeSeCAke

Hype semua,

Hari ini cik nabilah & adik bongsunye, en zikry ade buat satu project buat julung kalinye dalam hidup mereka, which is, they both make a delicious yummy STRAWBERRY CHEESECAKE.

Rase macam terharu je sekarang nie...ye la, mane tak, tak pernah2 buat cake sepanjang umur dah nak masuk 23 tahun bulan November nie..hehehe...shuke2x!!

Ni tengah tunggu cake tu mengeras sambil2 buat entry yang baru...ye tak, azam baru tu wey, nak update blog kalo boleh once a week...tadi pi visit my cousin nye blog, tajuk entry dia yang latest is "A Big Sorry" itu pon kalo x silap la...dh lame tak merayap pi tengok blog orang lain, so saje je arini pi lepas gian...

okey la...that's all for todays guys..have fun yepp!

no more idea, better stop herE,

Assalamualaikum.

p/s: once nanti cake cik nabilah dah siap, insyaalah gambaq akan turut di post kan...doa2 menjadilah hendak nye... =D

Monday, June 6, 2011

TraGEDI sILap Post!

Aiggooooo~~~malunye!!!!! tu la, gatai teros tekan butang publish without tengok blog mane buat post...

Ade ke, cik nabilah nie buakan main excited benor nye, nak hupdate blog milik persendirian bellshinnlhs.blogspot.com tapi tertulis kt blog elsyangajaib.blogspot.com dimana blog itu merupakan sebuah blog yang penulisnya terdiri daripada classmates cik nabilah sendiri...nasib baik dalam kalangan kawan sendiri jugak...kalo tak maluuuu gile wooo!!!!

nie la benow nye ape yang cik nabilah nak tulis

"
Blog y sudah BERSAWANG

Ish3x...ape nak jadi dengan minah sorg nie...bile la nak update blog dia sendiri pon x tau bile...ape2 pon, azam cik Nabilah ialah, beliau akan meng-hupdate blog milik beliau starting minggu depan...banyak story menarik nk kongsi nie...hehehe...x sabaw wey!!!


NANTI KAN YE!!!!!     "

nie sekarang mood cover malu sedang di-ON kan...
 
oleh itu, nasihat kepada kengkawan yang lain, lihat dulu sebelum tekan...
 
sekian.
 
no more idea, better stop herE
 
Assalamualaikum.