Peristiwa ni dah jadi last 2 weeks. Untuk pengetahuan, ada pasar malam yang wujud kat belakang rumah (not exacly belakang rumah ; 3 minute by bikes). 2 hari; Isnin & Jumaat masa operasinya. Nak dijadikan cerita, hari tu my family & I akan turun ke JB, so I tak la nak masak meriah sangat macam biasa. In the end masak Nasi Goreng Bujang je. My cousin datang dari Tg. Malim, Perak. Dia nak tumpang balik JB sebab Sabtu malam ada kenduri nak sambut Ramadhan sekali buat tahlil untuk mereka yang telah dijemput oleh-Nya. Alhamdullillah segalanya berjalan dengan lancar. My huge family sangat ringan tulang. Proud of them. MUCH!
Okey, kembali kepada peristiwa yang jadi dekat pasar malam belakang rumah, my cousin tu niatnya nak ke pasar malam adalah untuk beli earphone. Ada macam-macam jenis earphone/headphone/accessories hand-phone yang ada dalam gerai yang kami tuju tu. Sementara my cousin pilih his earphone, ternampak sepasang anak dan ayah yang turut berjalan menuju ke gerai kami sedang kunjungi. Si Ayah dalam usia yang menjangau 50-an kelihatan sangat segak walaupun hanya memakai kemeja berkolar lusuh, berseluar slack, berkopiah putih dan memakai selipar yang mungkin jarang beliau pakai kerana melihat kepada kondisi seliparnya yang masih berada dalam keadaan yang baik. Berbeza dengan penampilan si anak. Si anak lebih selesa mengenakan baju T-shirt berlengan pendek, jean 3-Quarters dan berselipar.
Based on my pemerhatian, si ayah sedaya upaya untuk berpakaian yang kemas untuk tidak memalukan si anak walaupun mereka hanya ke pasar malam. Dalam sedang si anak memilih earphone yang sesuai dengan kriterianya, si ayah tersipu-sipu dengan orang yang berjalan berlegar berdekatan gerai tersebut. Akhirnya setelah mengambil masa dalam 10 minit begitu, si anak bersetuju untuk mengambil earphone ciplak Made in China Dr.Dre Beats. Ekspresi si anak sangat megah dengan pilihan itu lalu terus menyatukan earphone tersebut dengan hand-phonenya. Lalu tinggal si ayah mengeluarkan dompetnya yang lusuh, dan memberi note RM 25.00 dengan tangannya yang kasar dan berkedut kepada penjual yang sedang berdiri menantikan proses pembayaran selesai.
Though lampu yang tidak berapa terang dekat gerai tu, I can see clearly, inside the father's wallet, the remaining items left only the old and nearly vanish receipt plus a little bit coins and a few of RM 1 notes. Si ayah tidak teragak langsung semasa mengeluarkan duit itu. Dengan baki duit yang tinggal kurang daripada RM10.00 itu, dapatkah si ayah mengisi perut untuk seisi keluarganya. Pengorbanan si ayah amat besar. Walau hanya membeli barangan ciplak tu, amat jelas bahagianya hati beliau apabila melihat wajah si anak yang terlampau bangga dengan harta baru nya itu. Selepas urusan jual beli itu selesai, kelibat anak-beranak itu kemudiannya hilang dari pandangan mata dengan si anak berjalan dihadapan dan si ayah tersingguh-singguh di belakang.
Pasar malam, banyak telitah manusia yang dapat kita lihat. Dari mereka yang bergolongan tidak mampu kepada kurang mampu kepada mampu dan seterusnya terlebih mampu. Makanan, bahasa, pakaian, barangan, dan bau asap di pasar malam waktu itu, cukup untuk menceritakan gelagat manusia dalam menempuh liku-liku hidup. Ya, memang kisah ini agak enting jika kita bandingkan dengan kisah orang lain. Tapi peristiwa ini amat memberi impak yang mendalam bagi diri ini. Pengajaran untuk semua I guess. No offense.
Terdetik dihati, mampukah si anak membalas jasa si ayah?
Sama-sama kita doakan untuk kesejahteraan dan kebaikan untuk keluarga ini. Amin...
No more idea, better stop here.
Assalamualaikum.