There's something I want to share with u guys, something that's open my thought. I saw this picture on my fb-ians friend...it's a quote about L.I.F.E...
Humans are not perfect!
but, in the way of life, we have to struggle to be the best among the best!
Waktu subuh adalah waktu perdana kepada kehidupan buat seseorang insan. Inilah waktunya apabila bermulanya kehidupan setelah insan mati buat sementara. Tidak menghairankan bahawa waktu subuh adalah salah satu daripada lima waktu solat yang wajib disempurnakan.
Waktu subuh hari adalah ujian kepada segala kekuatan. Kekuatan untuk bangun di awal pagi melepaskan diri daripada dakapan erat syaitan yang membisikkan, kekuatan untuk terus bingkas keluar dari litupan selimut hangat dan bantal empuk, malahan kekuatan untuk mengenakan air yang dingin ke muka, tangan, dahi dan ke kaki sebelum lantas bergerak ke tempat istimewa dan bermunajat bersama-sama insan pilihan Tuhan. Ini adalah kekuatan yang luar biasa yang boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja selagi dia mempunyai keinginan jiwa yang tinggi.
Perkara yang sama ini juga telah dijadikan indikator dan penanda aras kepada kekuatan generasi pejuang ketika berlakunya peperangan-peperangan besar di zaman yang terdahulu. Kekuatan kebangkitan dan kekuatan barisan ketenteraan bukanlah kepada fizikal dan persiapan kelengkapan semata-mata, malahan persiapan yang lebih penting ialah persiapan kekuatan generasi pejuang di dalam menagih simpati untuk menang daripada Ilahi.
Ya Allah, Engkau kuatkanlah imanku untuk berjuang didalam jalanmu...
Tidak hairanlah bahawa inilah penanda kekuatan yang telah digunakan oleh Solahuddin al Ayyubi dahulunya sebelum menang ketika mendepani kekuatan tentera Salib yang merupakan kesatuan gabungan ketenteraan daripada 22 buah negara-negara Eropah.
Tidak hairanlah juga bahawa soalan-soalan yang ditujukan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh mengikut urutan menggambarkan peringkat kekuatan seseorang. Lima waktu solat fardhu kemudian solat rawatib dan kemudiannya solat tahajjud. Di waktu penghujung malam sehingga subuh itu dijadikan indikator terakhir kepada kekuatan para pejuangnya. Tidak dapat dibayangkan di manakah kedudukan kita jika berada di dalam barisan tentera baginda al-Fateh.
Mungkin juga kita dan barisan pemuda kebangkitan kini bakal berada di barisan tercorot sekali. Di atas alasan yang sama inilah juga menyebabkan agen-agen KGV di Chechnya dan agen-agen Gaddafi di Libya akan menangkap pemuda-pemuda yang bersolat subuh secara berjamaah dengan keyakinan bahawa mereka adalah pemuda kebangkitan yang bakal menggegarkan kerajaan Russia dan Libya.
Tiada Tuhan lain yang disembah melainkan Allah, dan Nabi Muhammmad itu ialah pesuruh Allah...
Setelah kau berkeringat menyiapkan semua kelengkapan. Setelah kau canangkan semangat ke seluruh negara. Setelah kau iklankan kepada dunia seluruhnya. Namun, jangan lupa untuk menagih simpati dan pertolongan daripada Pemberi Kemenangan yang hakiki....
Wahai teman seperjuangan! Sekiranya kita ingin memiliki kemenangan, jangan alpa dengan kekuatan yang ada pada waktu subuh, walhal terang dan nyata bahawa ianya merupakan petunjuk agung ciptaan Ilahi. Untukmu teman pejuang, inilah permulaan kepada semua kekuatan yang sebenar.
Ingatlah sumpahan Pemilik kepada segala kerajaan agar kita bisa meraih kemenangan.
Sorry la, dah lama tak update blog...vitamin M(MALAS) banyak sangat...hehehe...
Ermmm...masuk hari nie, dah hampir 3 minggu Angah or En. Moh Fikry Mustafa pulang ke Tanah Air terchenta, Malaysia., so tinggal la si kakak, cik Nabilah & si adik, En Zikry kat rumah nie bersama-sama bonda & ayahanda terchenta mereka...kurang meriah sikit la kan jadinye, kalau tidak, adoyaiiii~~~riuh rendah jadinye rumah nie...
Okey la, berbalik kepada cerita asal, memandangkan Angah dah tak de kat rumah, maka, hobi terkini hiburan sensasi cik nabilah is watching all the korean movies yang wujud CD or DVD nye kat rumah nie...
Antara cerita yang terpilih are :
(i) Princess Hours
(ii) Yu-Hee The Witch
(iii) Couple or Trouble
(iv) My Sassy Girl Chun-Hyang
(v) Stained Glass
(vi) Lovers In Paris
(vii) Bong Dal Hae...
Tapi antara banyak-banyak cerita, my choice is Princess Hours...tak tau kenape, dah banyak cerita korea yang cik nabilah dah tengok tapi cerita ini jugak yang kekal di hatiku...salah satu faktornya, maybe pasal hero dia kot..hikhikhik!...rupe dia boleh tahan la, handsome, tapi yang paling suka pasal hero dia is pasal sikap hero dia yang tak tahu macam mana nak tunjuk yang dia suka kat heroin tu...sikapnya yang ego tapi baik & berfikiran tajam menyebabkan cik nabilah sudah jatuh la~~~
okey la, cerita dia pasal seorang perempuan dari golongan biasa yang terpaksa kahwin coz datuk dia dulu is bestfriend kepada majaraja dulu. memandangkan maharaja dulu tu sayang kat kawan dia nie, mereka telah bersetuju untuk menikahkan putera mahkota & cucu datuk tu la. so, kisah diorang nie ibarat bercinta selepas kahwin...lucu + best + geram + unik! korang tengok la cerita nie...
cerita nie memang menepati cita rasa hati cik nabilah, tapi tak semua orang suke tengok cerita macam nie, as for example pak cik Mustafa kita.REJECTED teros!
video kat bwh nie is one of my favourite song, entitled Aeng-Mue-Sae...Selamat mendengar & Enjoy!
nie lagi satu!
Nie dia punya theme song, entitled Perhaps Love.
No more idea, better stop herE,
Assalamualaikum.
(p/s: dah banyak kali dah berulang tengok Princess hours...even, email address pon ade name LEE SHIN!)